Budaya herdik, tengking ‘orang bawah’ sudah ketinggalan zaman

0
1
https://www.utusan.com.my/berita/2021/11/ucapan-dalam-bahasa-melayu-di-persidangan-antarabangsa-serlah-jati-diri-nasrudin/

BUDAYA mengherdik dan meningking oleh pemimpin kepada orang bawahannya sepatutnya tidak lagi diamalkan kerana ia telah ketinggalan zaman.

Perkara itu ditegaskan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Nasrudin Hassan yang menyifatkan terdapat cara lain untuk memberikan arahan.

“Budaya herdik dan tengking “orang atas” kepada “orang bawah” ini sudah ketinggalan zaman. Ada kaedah lain untuk pastikan arahan terlaksana,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan kepada siapa hantaran itu ditujukan termasuk sama ada ia berkaitan dengan kes melibatkan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dan seorang pegawai imigresen, baru-baru ini. – Malaysiapost

Kredit Foto: Utusan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here