Sajat sindir kapal tempur LCS bakal jadi seperti permainan ‘Angry Bird’

0
1

SKANDAL projek Kapal Tempur Pesisir Pantai (LCS) yang menjadi perbualan susulan dilancarkan dalam keadaan tidak siap, turut mendapat perhatian usahawan kosmetik kontroversi, Nur Sajat.

Dalam siaran langsung (live) TikTok, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman mempersoal ketelusan pihak bertanggungjawab dalam pembinaan projek menelan belanja RM6 bilion itu.

Katanya, bagaimana pembinaan aset ketenteteraan boleh dibuat sambil lewa dan menggunakan kayu ketika majlis pelancaran kapal itu pada 2017.

“Aku (Sajat) tak tahu macam mana nak cakap. Bapa aku dulu kerja TLDM di KD (Kapal Diraja) Pelanduk.

“Kapal untuk keselamatan negara guna kayu? Entah kayu apa yang dipakai,” katanya dalam video itu.

Pada masa sama, dalam nada bergurau Sajat menyamakan kapal LCS seperti permainan dalam talian ‘Angry Bird’.

“Lepas ini kalau Malaysia diserang, pihak lawan tidak pakai peluru berpandu atau meriam. Mereka pakai macam game Angry Bird tu sahaja. Sebab mereka tahu kapal kita buat dari kayu,” ujarnya.

Sebelum ini, laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendedahkan LCS tercanggih pertama milik TLDM yang pernah dilancarkan pada 2017 sebenarnya dalam keadaan tidak siap.

Pengerusi PAC, Wong Kah Woh berkata berdasarkan prosiding dijalankan, pihaknya mendapati LCS 1 disahkan siap tidak sampai 44 peratus.

Justeru, beliau merumuskan bahawa upacara penamaan dan pelancaran LCS terbabit seperti dinyatakan saksi hanya memberi persepsi kepada umum bahawa kapal berkenaan sudah siap. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here