Netizen puji ketegasan Johan, pegang rotan ketika ajar anak mengaji

0
1

PELAWAK dan penyampai radio, Johan yang tampak tegas ketika mengajar anak perempuannya mengaji mencuri perhatian netizen selepas video itu tular di media sosial, hari ini.

Menerusi video berdurasi 24 saat yang dimuat naik di Facebook, kelihatan Johan atau nama sebenar Mohd Yazid Lim Mohamad Aziz, 38, sedang mengajar anak perempuannya mengaji sambil memegang sebatang rotan.

Dalam video itu, Johan dengan tegas membetulkan bacaan anaknya dengan suara yang agak tinggi, menyebabkan kanak-kanak itu mengaji dalam nada tangisan.

Melihat kepada situasi itu, netizen rata-rata mengimbau kembali ketika mereka juga menghadapi keadaan yang sama ketika belajar mengaji al-Quran dan Iqra’ semasa kecil.

“Tumpah air mata itu biasa. Esok besar kau akan berterima kasih sangat dengan ayah wahai anak. Makcik dulu Alhamdulillah.. merasa dah,” ujar Hasnisal Anie.

“Abah aku dulu macam ini. Tak betul baca ditengkingnya aku. Bila ada nak aku pun ajar anak macam tu. Tak betul bacaan panjang pendek keluar suara petir. Baru la lekat dalam kepala,” kata Mama Ifan.

“Aku mengaji dengan mak. Masa air mata menitik tumpah kat Muqadam sampai koyak muka surat sebab tunjuk dengan lidi. Terima kasih emak,” kata Suraini Mohd Sharif. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here