Tiga maut pacuan empat roda rempuh tiang jejambat

0
1

TIGA sekeluarga maut selepas kenderaan dinaiki terbabas dan melanggar tiang jejambat dalam kemalangan di Jalan Lintas, Luyang, Kota Kinabalu lewat malam tadi.

Dalam kejadian 11.40 malam itu, seorang lagi ahli keluarga iaitu kanak-kanak berusia lima tahun dilaporkan parah.

Difahamkan, pacuan empat roda jenis Nissan Navara dipandu Jimmykal Assam, 44, terbabas sendiri sebelum merempuh tiang jejambat.

Kejadian itu menyebabkan dia bersama anak lelaki serta anak perempuannya belasan tahun maut di tempat kejadian.

Anaknya yang parah dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth untuk mendapatkan rawatan.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah, berkata siasatan awal mendapati kenderaan pacuan empat roda berkenaan dipercayai terbabas sendiri.

“Tiga mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala kanak-kanak lelaki berusia lingkungan lima tahun parah telah dibawa ambulans ke Hospital Queen Elizabeth untuk rawatan lanjut.

“Siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan.

Operasi menyelamat dan mengeluarkan mangsa dibantu pasukan bomba daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu. – Malaysiapost
Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here