Hati-hati SMS palsu bantuan kewangan – SKMM

0
2
logo skmm mcmc

ORANG ramai diingatkan agar berwaspada dan tidak terperdaya dengan taktik penipuan melalui SMS kononya daripada MySejahtera yang memberitahu bantuan khas kewangan telah dikreditkan ke akaun e-wallet mereka.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam satu kenyataan, memaklumkan mengesan aktiviti penyalahgunaan ID penghantar ‘GOV’ di mana pihak tidak bertanggungjawab telah memanipulasikan ID penghantar berkenaan untuk tujuan penipuan.

“Untuk makluman, hebahan SMS melalui ID Penghantar ‘GOV’ dikhususkan bagi membuat Pesanan Khidmat Awam (PKA) berkenaan inisiatif-inisiatif oleh kementerian dan agensi kerajaan yang terlibat sahaja.

“Peringatan ini dikeluarkan sejajar dengan penafian oleh pihak MySejahtera berkenaan SMS palsu berkaitan pemberian bantuan kewangan kepada orang ramai,” menurut kenyataan itu.

SKMM juga memaklumkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut telah menggesa orang ramai supaya berwaspada dengan taktik serta modus operandi penipuan berkenaan.

“Tindakan sekatan telah diambil SKMM ke atas akses pautan palsu tersebut.

“Orang ramai diminta sentiasa berhati-hati dan menyemak sebarang kandungan SMS yang disyaki palsu dengan menghubungi organisasi terlibat,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here