Dua peguam Zahid positif Covid-19, bicara kes rasuah tangguh

0
1

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini menangguhkan perbicaraan kes rasuah berhubung dana Yayasan Akalbudi (YAB) membabitkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kepada 22 Ogos ini, selepas dua peguamnya positig Covid-19.

Peguambela, Aiman Abdul Rahman, yang mewakili Ahmad Zahid, memberitahu Hakim, Datuk Collin Lawrence Sequerah, bahawa peguam utama kes itu, Hisyam Teh Poh Teik dan Hamidi Mohd Noh, dijangkiti Covid-19, lapor Bernama.

“Pihak kami telah memfailkan surat kepada mahkamah pada 2 dan 3 Ogos lepas dengan menyatakan peguam Hisyam dan Hamidi dijangkiti Covid-19.

“Kami mohon supaya tarikh perbicaraan hari ini ditukar kepada sebutan dan perbicaraan seterusnya pada 22 Ogos,” katanya.

Hakim Sequerah kemudian berkata berdasarkan alasan yang dikemukakan pihak pembelaan, tarikh perbicaraan hari ini dilapangkan dan akan bersambung pada 22 Ogos ini.

Ahmad Zahid hadir pada prosiding hari ini.

Pada prosiding hari ini, Ahmad Zahid sepatutnya disoal balas pihak pendakwaan berhubung pertuduhan rasuah yang dihadapi Ahli Parlimen Bagan Datuk itu.

Ahmad Zahid, 69, berdepan dengan 47 pertuduhan iaitu 12 pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit dana milik YAB. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here