Anwar tolak gagasan baharu Dr Mahathir

0
1

KETUA Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak gagasan baharu Melayu-Islam pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad melibatkan beberapa parti politik yang dilancarkan di Putrajaya hari ini.

“Saya tak mendukung inisiatif seperti itu kerana kalau betul bela Melayu-Islam, dalam 22 bulan (jadi Perdana Menteri kali kedua) dia patut dah tolong.

“Tapi Melayu yang dia pilih itu tak sebenarnya mewakili sentimen Melayu,” katanya seperti dilapor MalaysiaKini.

Dalam pada itu, Anwar turut menegaskan orang Melayu harus sedar bahawa masalah di Malaysia berpunca daripada amalan rasuah pemimpin, tidak kira bangsa.

“Jadi bagi saya apa isu pokok adalah pengurusan kerajaan yang baik, pilih pimpinan yang tak merompak dan mencuri kekayaan, boleh siasat semua,” katanya.

Dr Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air hari ini mengumumkan gabungan baru Gerakan Tanah Air (GTA) di Putrajaya sebentar tadi.

Gabungan yang mahu bertanding di 120 kerusi parlimen dalam pilihan raya umum akan datang itu dianggota oleh Parti Perikatan India Muslim Nasional (Iman), Pejuang, Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) dan serpihan PAS Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here