‘Sabah, Sarawak bukan ‘tong sampah’ – MP Kota Belud

0
1

SEORANG pemimpin Warisan menegaskan Sabah dan Sarawak bukan ‘tong sampah’ yang terpaksa menerima anggota polis bermasalah selepas terlibat kes peras ugut.

Menerusi hantaran di Facebooknya, Ahli Parlimen Kota Belud, Isnaraissah Munirah Majilis berkata kedua-dua negeri bukan sahaja dikatakan ketinggalan berbanding negeri di Semenanjung, malah terpaksa menerima perkhidmatan daripada pegawai bermasalah.

“Tolonglah kerajaan Persekutuan, Sabah dan Sarawak bukannya tong sampah.

“Sudahlah kami tertinggal dari segi infrastruktur, takkanlah dari segi perkhidmatan pun kamu kasi kami orang yang bermasalah,” katanya dalam hantaran itu.

Isnaraissah yang juga Ketua Wirawati Warisan turut mempersoalkan ‘sampai bila kami mahu maju” susulan pertukaran pegawai berkenaan.

“Henti layan kami seperti ini,” katanya.

Media melaporkan sembilan anggota polis yang sebelum ini disiasat selepas dipercayai terlibat kes pemerasan seorang ahli perniagaan di Gombak, Selangor mengenai pemilikan dadah, baru-baru ini telah ditempatkan untuk bertugas di Sabah dan Sarawak.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi berkata siasatan berkaitan kesemua anggota terdiri konstabel hingga sub inspektor masih dijalankan secara terperinci.

“Kesemua anggota terlibat telah ditukarkan ke beberapa balai polis dan bahagian di Sabah dan Sarawak,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here