Istana Negara tolak nama Tajuddin selaku duta besar?

0
1
Datuk Seri Tajuddin

Aiman Hanif

NAMA Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang dicadang sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia telah “ditolak”.

Menurut sumber, Istana Negara menolak nama cadangan nama Tajuddin sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia yang dicadang Putrajaya.

“Nama Tajuddin ditolak oleh Istana Negara, jadi Putrajaya perlu mengemukakan calon baharu bagi menggantikan nama beliau.

“Sebab itulah beliau tidak dipanggil ke Istana Negara bagi menerima watikah baru-baru,” katanya kepada Malaysiapost.

Pada 2 Julai lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan desakan supaya pelantikan Tajuddin sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia dibatalkan adalah cubaan mempersoalkan kuasa Yang di-Pertuan Agong.

Ini kerana, katanya, cadangan melantik Ahli Parlimen Pasir Salak itu ke jawatan berkenaan sudah mendapat perkenan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Itu (pelantikan Tajuddin) sudah diluluskan Kabinet, sudah diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong dan sudah mendapat perkenan.

“Sepatutnya sudah serahkan watikah tempoh hari, tetapi Yang di-Pertuan Agong gering waktu nak diserahkan dan saya percaya akan diserahkan watikah itu,” katanya

Bagaimanapun pada 12 Julai, nama Tajuddin tiada dalam senarai penerima watikah pelantikan ketua perwakilan Malaysia ke luar negara yang disempurnakan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Sebaliknya hanya empat ketua perwakilan Malaysia ke luar negara dijemput ke Istana Negara bagi menerima watikah.

Ketua-ketua Perwakilan Malaysia ke luar negara yang baharu dilantik ialah Duta Besar Malaysia ke Korea Selatan Datuk Lim Juay Jin, Shahril Effendi Abd Ghany (Jepun), Datuk Wan Zaidi Wan Abdullah (Arab Saudi) dan Khairi Omar (Iran).- Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here