Bila D’ Saji Mekah kembali beroperasi? – Puad

0
1

RESTORAN Felda D’Saji Sdn Bhd di Bangunan Safwa di Mekah dilaporkan masih lagi ditutup, walaupun keadaan kembali seperti biasa selepas pandemik Covid-19.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Mohd Puad Zarkashi berkata D’Saji sebelum ini ditutup sejak pelaksanaan sekatan pergerakan di sana akibat Covid-19.

Katanya, restoran itu adalah tempat berkumpul bagi rakyat Malaysia, maka suatu kerugian jika masih ditutup sehingga hari ini.

“Tutup. Sejak PKP, Restoran D’ Saji di bangunan Safwa Mekah masih tutup hingga ke hari ini. Bila D’ Saji milik FELDA akan kembali berniaga?

“Ramai jemaah haji Malaysia merindui masakan Malaysia. Apatah lagi sejak Oktober 2021 sehingga ke musim haji 2022 jemaah dari Malaysia semakin ramai datang ke Mekah.

“Biasanya Restoren D’ Saji Safwa adalah tempat jemaah Malaysia berkumpul, mengeteh (minum teh) sambil makan masakan Malaysia khususnya roti canai, nasi lemak dan teh tarik,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Justeru Mohd Puad meminta Pengerusi Felda turun ke Mekah bagi menyelesaikan perkara tersebut.

“Lagi senang. Diharap Felda fikirkan perkara ini. Baru ada suasana ‘Keluarga Malaysia’. Pengerusi FELDA datanglah jenguk sini,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here