Maszlee minta PM beri perhatian isu lepasan SPM tak minat sambung belajar

0
1

AHLI Parlimen Simpang Renggam meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengambil perhatian terhadap isu lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak minat menyambung pengajian.

Bekas Menteri Pendidikan era Pakatan Harapan (PH) itu berkata fenomena lepasan SPM tidak beminat untuk sambung belajar mulai dikesan sejak tahun lalu.

“Sebanyak 72 peratus lepasan SPM tidak minat sambung belajar?

“Sejak tahun lalu lagi saya telah nampak fenomena ini dan yang keadaan yang lebih parah akan melanda negara.

“Maka saya utarakan agar kerajaan mengemukakan pelan bersepadu jangka masa panjang pendidikan pasca Covid-19,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Maszlee berkata, pelan tersebut harus meliputi meliputi pendidikan awal, pendidikan tinggi dan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).

Ujarnya, usaha pembentukan pelan berkenaan mesti melibatkan pihak pelbagai oleh kerajaan, dan bukan hanya Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) semata-mata.

“Persoalan yang sama telah disinggung oleh Tuanku YDPA dalam titah pembukaan parlimen sesi 2021 dahulu.

“Kerajaan Datuk Seri Ismail Sabri perlu serius menyikapi isu ini. Libatkan semua pihak merentasi politik, merentasi bidang, kepakaran dan yang lebih utamanya ialah ianya mesti melibatkan pihak industry,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan sebahagian besar iaitu 72.1 peratus daripada rakyat negara ini memilih untuk tidak melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi selepas SPM.

Maklumat tersebut diperoleh menerusi sebuah kaji selidik membabitkan responden berusia berusia 15 hingga 64 tahun dijalankan bagi mengetahui prestasi pencapaian pendidikan rakyat Malaysia.

Ia bukan sahaja memberi impak kepada produktiviti negara malah perkara itu juga akan mengurangkan peratusan mereka yang pakar dalam sesebuah industri. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here