Kos MRT3 RM50.2 bilion – Tengku Zafrul

0
1

[PARLIMEN] PROJEK Mass Rapid Transit 3 (MRT3) dianggarkan menelan belanja RM50.2 bilion, kata Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz.

Beliau berkata, sebanyak RM8.4 billion daripadanya membabitkan kos pengambilan tanah dan RM5.6 bilion lagi untuk pengurusan projek.

Katanya, bagi kos pembinaan ia menelan belanja sehingga RM34.3 bilion.

“Namun kos sebenar akan dimuktamadkan selepas proses tender terbuka selesai,” katanya menerusi jawapan bertulis Parlimen bagi menjawab soalan Fahmi Fadzil (PH-Lembah Pantai) yang meminta kerajaan menjelaskan mengenai pecahan kos MRT3.

Pada harga RM50.2 bilion untuk laluan sepanjang 51 kilometer, MRT3 dijangka menjadi projek rel paling mahal dalam sejarah Malaysia setakat ini jika diukur berdasarkan perbelanjaan bagi setiap kilometer.

MRT3 direka semasa pentadbiran Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri.

Namun tender dibuat pada zaman Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan penyerahan tender berkenaan dijangka pada Ogos ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here