Dr Amalina mohon doakan Ainul Madhiah cepat sembuh

0
2

PELAJAR cemerlang dan pakar bedah kelahiran Malaysia yang bertugas di London, Dr Nur Amalina Che Bakri memohon rakyat Malaysia mendoakan kesihatan Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, 4, yang kini sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak (PICU) akibat jangkitan kuman

Beliau sebelum ini pernah membantu Ainul Madhiah menjalani pembedahan di London, United Kingdom bagi membuang tumor seberat 200 gram daripada mulutnya pada 2019.

Menerusi ciapan di laman Twitter, Dr Nur Amalina memberitahu baru sahaja mendapat berita daripada ibu Ainul Madhiah, iaitu Nurul Erwani Zaidi mengenai keadaan kanak-kanak itu.

“Baru sahaja mendapat khabar berita daripada ibu Ainul. Ya Allah, Marilah kita sama-sama doakan untuk adik Ainul. Semoga cepat sembuh,” katanya.

Dalam masa sama, Dr Nur Amalina juga menitipkan doa agar kanak-kanak itu kuat melawan penyakitnya itu.

“Ainul sayang, awak dah pernah laluinya banyak kali sebelum ini. Awak mampu lakukannya lagi. Teruskan berjuang sayang! Insya-Allah,” katanya.

Semalam, Nurul Erwani Zaidi menerusi Instagram memaklumkan Ainul Madhiah kini sedang tenat dan menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU).

Nurul Erwani berkata, anaknya mula menunjukkan simptom muntah dan cirit-birit sebelum dikejarkan ke hospital menaiki ambulans.

Keadaan Ainul Madhiah semakin baik apabila sudah dibenarkan minum susu, pagi ini.

Dalam hantaran di Instagram, Nurul Erwani memberitahu Ainul Mardhiah masih memerlukan alat bantuan pernafasan.

“Ainul belum sedar lagi. Ubat tidur masih run (jalan) sebab Ainul tengah on ventilator (dipasang alat bantuan pernafasan).

“Ainul tak boleh sedar lagi sebab tak nak bagi Ainul penat bila tengah on ventilator,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here