Anwar kecewa PM tidak hadir perjelas isu kos sara hidup

0
2

KETUA Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa kecewa kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak hadir ke Dewan Rakyat bagi memberi penjelasan berhubung isu kos sara hidup, hari ini.

Menurut Anwar, isu kos sara hidup merupakan perkara utama yang dihadapi rakyat ketika ini dan ia perlu diberi perhatian segera oleh kerajaan.

“Adalah amat mendukacitakan apabila Perdana Menteri gagal hadir untuk menjawab persoalan penting ini.

“Kami tuntut perencanaan yang tuntas terkait permasalahan ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Sementara itu, ketika membangkitkan isu sama di Dewan Rakyat, Anwar menyifatkan sekiranya Ismail Sabri tidak dapat hadir ke Parlimen sepatutnya menteri yang berkaitan boleh bangun menjawab isu berkenaan.

“Perdana Menteri tidak hadir oleh itu ada empat lima kementerian (boleh menjawab).

“(Misalnya) Menteri Pertanian dan Industri Makanan; Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna; Menteri Komunikasi dan Multimedia.

“Kalau PM tak boleh jawab pelbagai menteri boleh jawab sepatutnya,” katanya.

Sebelum ini, Anwar mendakwa kerajaan menggunakan pendekatan konvensional dalam menangani masalah kos sara hidup rakyat dan tidak bersedia membawa perubahan struktur.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Port Dickson menegaskan, kerajaan tidak boleh hanya berbicara mengenai soal subsidi yang kini turut dinikmati golongan kaya dan warga asing, sebaliknya harus melaksanakan tindakan yang lebih menyeluruh. – Malaysiapost

Kredit foto: AstroAwani

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here