
KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 11 kematian baharu akibat Covid-19 semalam.
Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu kini mencecah 35,956 kes sejak virus tersebut melanda negara.
Berdasarkan data dimuat naik di portal COVIDNOW, terdapat satu kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).
Sementara itu, angka jangkitan harian kembali meningkat kepada 4,860 kes berbanding 3,926 kes sehari sebelumnya.
Ia sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes penularan wabak berkenaan di negara ini meningkat kepada 4,672,999 kes.
Selain itu, seramai 46,334 kes individu atau 95.9 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah.
Selebihnya iaitu 3.9 peratus bersamaan 1,883 kes masih dirawat di hospital, 23 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Selain itu, 60 pesakit dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) termasuk 34 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan. – Malaysiapost
