Kampung Iboi banjir lagi

0
1

HUJAN lebat berterusan sejak petang semalam menyebabkan Kampung Iboi dan beberapa penempatan lain berhampiran Sungai Kupang di Baling dilanda banjir, malam tadi.

Kejadian banjir itu adalah yang kedua bulan ini, selepas insiden kepala air dan banjir lumpur pada awal bulan yang meragut tiga nyawa serta memusnahkan puluhan rumah penduduk.

Selain itu, sebanyak tujuh keluarga memmbabitkan 32 mangsa dari Kampung Padang Empang, Kupang terpaksa berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Haji Hassan Samah apabila rumah mereka dinaiki air setinggi satu meter malam tadi.

Semua mangsa mula berpindah pada jam 10 malam, selepas kediaman mereka tidak selamat berikutan hujan masih berterusan menyebabkan air Sungai Kupang melimpah.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Baling, Kapten (PA) Rasidah Kassim berkata, setakat ini satu PPS sudah dibuka bagi menempatkan mangsa banjir.

“Penduduk terpaksa berpindah kerana cuaca masih hujan, selain bimbang mereka terperangkap kerana cuaca gelap.

“Langkah awal kita adalah mengarahkan mereka berpindah bagi mengelakkan kejadian buruk,” katanya.

Rasidah berkata, beberapa kampung lain turut dinaiki air antaranya Bendang Bechah, Bendang Padang dan kawasan Sekolah Menengah Yayasan Agama Khairiah, Kupang.

“Sekiranya keadaan bertambah buruk, penduduk di kampung itu juga diarah segera berpindah,” katanya. – Malaysiapost

Kredit Foto: FMT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here