Berita kematian Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak benar

0
1

BEKAS Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilaporkan masih menerima rawatan di hospital, sekaligus menafikan berita mengenai kematiannya yang tersebar di media sosial sejak awal malam ini.

Perkara itu dimaklumkan pentadbir laman Facebooknya dalam satu hantaran sebentar tadi.

“Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim masih menerima rawatan di hospital. Justeru, berita yang tersebar deras awal malam ini bahawa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah meninggal dunia adalah tidak benar.

“Mohon dihentikan sebarang sebaran berita tidak benar bagi menjaga sensitiviti keluarga yang sememangnya sedang berhadapan dengan situasi sukar.

“Marilah sama-sama kita berdoa kepada Allah SWT agar dipermudahkan urusan buat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu tular berita mengenai kematian Abdul Khalid dan ucapan takziah kepada keluarganya di media sosial. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here