ADUN Tronoh didapati bersalah rogol pembantu rumah

0
3

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, Paul Yong Choo Kiong didapati bersalah atas tuduhan merogol pembantu rumahnya seorang warga Indonesia, tiga tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh, Datuk Abdul Wahab Mohamed menjatuhkan hukuman terhadap Choo Kiong selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan, lapor Utusan Malaysia.

Bekas EXCO Kerajaan Negeri Perak itu berdepan hukuman penjara 20 tahun dan sebatan.

Mengikut pertuduhan, Choo Kiong yang juga bekas Pengerusi Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu negeri didakwa merogol seorang wanita di dalam sebuah bilik di tingkat atas sebuah rumah di Meru Desa Park, Bandar Meru Raya, Ipoh, Perak.

Choo Kiong merupakan bekas Adun DAP yang keluar parti selepas dituduh merogol pembantu rumahnya.

Pada Mac tahun lalu, beliau dan Adun Buntong, A Sivasubramaniam yang menang atas tiket Pakatan Harapan (PH) bertindak keluar parti dengan menyertai Bersatu dan menyokong Perikatan Nasional (PN).

Pertuduhan terhadap beliau dilakukan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here