Pemandu BMW rentung dalam kemalangan 4 kenderaan

0
1

PEMANDU sebuah kereta jenis BMW rentung selepas kenderaan berkenaan terbakar susulan kemalangan membabitkan empat kenderaan berhampiran Jambatan Permas Jaya, Lebuhraya EDL, Pasir Gudang menghala Bakar Batu, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu membabitkan tiga kereta iaitu jenis BMW, Perodua Myvi dan Honda City serta sebuah van pekerja kilang jenis Nissan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin Mohd Suhaimi Jamal, berkata mangsa yang belum dikenal pasti identiti rentung 90 peratus ditemukan tersepit di bahagian pemandu kereta BMW.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian didapati berlaku kebakaran membabitkan sebuah kereta jenis BMW terbakar 90 peratus, sebuah van pekerja kilang jenis Nissan terbakar 90 peratus, sebuah Perodua Myvi terbakar 60 peratus dan sebuah Honda City tidak terbakar akibat kemalangan jalan raya.

“PKO bertindak membuat pemadaman dengan menggunakan dua aliran salur bantu mula dan air tangki pam jentera.

“PKO bertindak mengeluarkan mangsa dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian.

Mohd Suhaimi berkata, pemandu Honda City dan Perodua Myvi masing-masing lelaki berusia 34 dan 52 tahun selamat.

“Seramai 13 anggota digerakkan ke lokasi dengan bantuan BBP Johor Jaya bagi usaha memadam kebakaran,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here