Yasin kongsi derita hidap bipolar dalam lirik lagu

0
1

PENYANYI dan komposer nasyid, Mohammad Yasin Sulaiman berkongsi lirik lagu yang menggambarkan dirinya sedang menderitai penyakit bipolar.

Menerusi hantaran di Instagram miliknya, Yasin berkongsi dari Penjara Sungai Buloh karya terbarunya itu yang diberi judul ‘Aku Bipolar’.

Penyanyi lagu Mimpi Laila itu turut meluahkan rasa hatinya sebagai penghidap penyakit bipolar dan memerlukan rawatan sewajarnya.

“Aku sakit mental sesekali kronik, zahir sentimental di dalam tragik bila rasa kebal, tak takut high risk nampak berakal berkata yang logik,” demikian antara bait lirik tersebut.

Nukilan terbaharu Yasin itu menggambarkan keyakinan dia bahawa rawatan menggunakan kanabis adalah berkesan untuk penyakit seperti yang dihidapnya.

“Fikiran melayang kualami psikosis, perlukan rawatan kanabis, bukan sistetik internationalis, preksripsi Big Pharma kapitalis.

“Wakku hiperaktif insomnia, memori selektif amnesia, tak sanggup kembali manis, diikuti depresi yang lama,” katanya.

Pada Mei lalu, Yasin, 47, pernah berkongsi nukilan lirik lagu yang diciptanya di sebalik tirai besi berjudul Bebaskan Aku.

Awal bulan ini, Yasin terlepas hukuman gantung sampai mati atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 214 gram.

Bagaimanapun, pihak pendakwaan memaklumkan bahawa pertuduhan mengedar ditarik dan Yasin akan dituduh dengan pertuduhan baharu iaitu memiliki dadah seberat 193.7 gram. -Malaysiapost

Kunjungi bahagian Hiburan untuk baca cerita yang terkini dan menarik

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here