Lima maut nahas Perodua Alza bertembung Toyota Hilux

0
2

LIMA maut termasuk seorang kanak-kanak dalam nahas membabitkan Perodua Alza dengan sebuah pacuan empat roda (4WD) Toyota Hilux berhampiran Banjaran Titiwangsa, Lebuhraya Timur Barat, Jeli-Gerik, Gerik, petang tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, dua lagi mangsa cedera parah dalam nahas yang berlaku kira-kira jam 3.45 petang tadi.

Menurutnya, anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik digerakkan ke lokasi bagi operasi menyelamat sebaik dimaklumkan kejadian berkenaan.

“Nahas membabitkan sebuah kereta Perodua Alza dengan Toyota Hilux.

“Pasukan bomba yang tiba di tempat kejadian melakukan kerja menyelamat mangsa menggunakan peralatan khas dengan mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Jeli, Kelantan untuk rawatan lanjut.

“Mangsa yang maut berusia antara lima hingga 59 tahun pula diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini. 

Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan kejadian dan berkata lima mangsa maut terbabit menaiki Perodua Alza dan semuanya meninggal dunia di tempat kejadian. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here