Jangan hangat-hangat tahi ayam, pesan Diva AA kepada artis ceburi politik

0
2

DIVA AA menyambut baik langkah beberapa artis tempatan terjun ke kancah politik namun menasihati mereka jangan hanya hangat-hangat tahi ayam.

Selebriti dan pengacara yang nama sebenarnya Azwan Ali itu mempersoalkan langkah beberapa artis aktif dalam politik sejak akhir-akhir ini yang didakwa hanya ikut-ikutan.

Azwan juga berpendapat, kebanyakan artis yang terjun ke kancah politik tidak tahu dasar politik yang dibawa dan perjuangkan.

“Kepada mereka, sangat baik. Sangat baik. Tapi jangan hangat-hangat tahi ayam dik…. Ke kau lambat siang nak bergelar ahli politik.

“Adakah kau dijolok, adakah kau dibayar oleh parti. Tak payah sebut siapa lah, tapi ada artis-artis ni tak serius.

“Orang masuk politik dia pun menggelupur tapi peranan dia tak tahu. Lantaklah kau mewakili parti apa pun, tapi politik ni memperjuangkan nasib rakyat.

“Rakyat terdiri daripada pelbagai pemikiran, jadi kau jatuh (di pihak) yang mana? Tetapi kau memperjuangkan nasib mereka (rakyat).

“Tapi kau jadi artis-artis sangkak ni, maaf cakaplah, sangkak ni dia ikut-ikut lambat siang saja dik. Inilah masalahnya,” katanya kepada Malaysiapost.

Azwan menambah, nama gah dalam industri seni dan hiburan bukan jaminan seseorang artis diterima rakyat dan akar umbi parti.

“Nak tergelak jugalah, terbaca bila ada artis ini kalah teruk di beberapa pemilihan baru-baru ini.

“Jadi bagi saya, mereka ada nama agak besar, amat mengejutkan mereka kalah dan menunjukkan rakyat tak terima kau,” katanya.

Sejak akhir-akhir ini beberapa artis seperti Datuk Afdlin Shauki, Hans Isac, Altimate mengumumkan menyertai dan aktif dalam kancah politik negara. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here