Individu fitnah Puteri Sarah mohon maaf

0
1

SEORANG pengguna media sosial memohon maaf secara terbuka kepada Puteri Sarah Liyana selepas pelakon itu memfailkan notis saman fitnah terhadap individu terbabit.

Permohonan maaf itu dibuat individu itu di atas perkongsiannya di Instagram pada 17 Julai lalu yang memberi komen mengenai rumah tangga Puteri Sarah dan suaminya yang juga Pengarah terkenal iaitu Syamsul Yusof.

“Di sini, saya dengan ikhlas hati, ingin memohon maaf secara terbuka kepada Puteri Sarah disebabkan posting IG saya pada 17.7.2022 yg memberi pendapat mengenai isu rumahtangga beliau. 

“Saya telah dapat surat LOD yg meminta saya untuk meminta maaf secara terbuka dan tidak lagi mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan Puteri Sarah atau pun keluarga. 

“Saya minta maaf sekali lagi kepada Puteri Sarah dan keluarga beliau yang berasa terkesan dan terasa hati dgn posting IG story saya,” katanya dalam kenyataan yang dikongsikan Puteri Sarah di Instagram Story, serta mengucapkan terima kasih atas tindakan individu itu.

Dalam permohonan itu juga, individu itu turut mendoakan agar Puteri Sarah diberikan ketenangan dan kebahagiaan serta dipermudahkan segala urusan.

Tindakan Puteri Sarah itu dilihat bermula apabila individu itu membalas satu kenyataan yang pernah dikongsi pelakon ini di media sosial.

Individu berkenaan juga dilihat menyerang dengan kenyataan balas memburukkan dirinya.

“Ini semua sebab suami dia kaya. Sebab itu dia pertahankan rumah tangga walaupun suami curang.

“Isteri dia takkan lepaskan sebab suami kaya. Jadi apa-apa pun ‘penyondol’ yang salah. Terang terangan dia tak nak dimadukan dan provoke satu Malaysia untuk benci skandal suami dia,” tulis komen berkenaan.

Susulan kenyataan berbaur fitnah itu, Puteri Sarah mengambil tindakan memfailkan notis saman menerusi peguamnya Natasha Basheer and Associate.

Menerusi perkongsian sebelum ini, Puteri Sarah menjelaskan apa dilakukan adalah sebagai pengajaran buat mana-mana pihak agar tidak mudah membuat spekulasi tentang dirinya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here