Sanusi tunjuk ‘skill’ ragbi pula

0
1

MENTERI Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor terbukti bukan sahaja handal di padang bola sepak, malah hebat bermain ragbi.

Selepas beberapa kali berkongsi kemahiran bermain bola sepak, Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) itu tidak kekok beraksi dalam sukan yang lebih lasak serta memerlukan ketahanan fizikal seperti ragbi.

Berdasarkan perkongsian di Facebooknya malam tadi, Muhammad Sanusi kelihatan masih berbisa melepasi kawalan pemain lawan.

Beliau menunjukkan kemahiran itu dalam Kejohanan Ragbi Kubang Pasu 10’S bagi merebut Piala Menteri Besar di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar.

Menurut Facebook Urus Setia Penerangan Darul Aman, kejohanan itu anjuran Persatuan Ragbi Daerah Kubang Pasu dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Kedah.

“Dato’ Seri MB masih kelihatan berbisa.. Kemahirannya dalam ragbi sejak dari bangku sekolah lagi tidak hilang ketika beraksi bersama bekas-bekas pemain ragbi negeri,” tulis hantaran tersebut. – Malaysiapost

.

kredit foto: Urus Setia Penerangan Darul Aman – UPDA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here