Presiden Kelab Wartawan Terengganu meninggal dunia

0
2

PRESIDEN Kelab Wartawan Media Terengganu (Kawat) Khairul Azlam Mohamad meninggal dunia pada jam 4.30 pagi tadi.

Berita duka itu dikongsi menerusi hantaran di Facebook Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), sebentar tadi.

Khairul Azlam, 51, yang juga Ketua Biro Harakah meninggal dunia selepas mengalami sesak nafas di kediamannya di Seberang Takir, Kuala Terengganu.

Menurut isterinya Wan Sabariah, sebelum itu Khairul Azlam sihat dan tidak mempunyai sebarang penyakit kronik.

Difahamkan, solat jenazah akan diadakan di Masjid Jamek Tok Jiring pada 11 pagi ini dan jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Maahad Tahfiz Wan Al Tarbiyyah, Tok Jiring.

Selain isteri, Allahyarham Khairul Azlam turut meninggalkan sembilan anak yang berusia 10 hingga 25 tahun. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here