Maszlee, Hans Isaac antara 20 MPP PKR

0
1

AHLI Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik memperoleh undian tertinggi bagi pemilihan 20 jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR yang baharu bagi penggal 2022-2025.

Perkara itu diumumkan Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) sempena Kongres Nasional PKR 2022 di Shah Alam, hari ini.

Maszlee mendahului dengan 1,091 undi sekali gus memenangi jawatan sebagai MPP.

Turut menang dan mengisi 20 jawatan MPP adalah selebriti, Datuk Hans Isaac.

Berikut senarai penuh pemenang 20 jawatan MPP PKR:

  1. Maszlee Malik – 1091
  2. Akmal Nasrullah Mohd Nasir – 956
  3. Datuk Romli Isham – 878
  4. Fahmi Zainol – 817
  5. Yahya Sahri – 804
  6. Nurin Aina – 797
  7. Lee Chean Chung – 788
  8. Siti Aishah -783
  9. Syed Ibrahim Syed Noh – 739
  10. Gerald Hans Isaac – 720
  11. Simon Ooi – 703
  12. Wong Chen – 697
  13. Raiyan Abdul Rahim – 697
  14. Tan Kar Hing – 648
  15. Zahir Bin Hassan – 642
  16. David Cheong – 622
  17. Hee Loy Sian – 619
  18. Amidi Abdul Manan – 617
  19. Elizabeth Wong – 598
  20. Muhammad Bakhtiar Wan Chik – 594

PKR, hari ini mengumumkan barisan kepimpinan baharunya bagi penggal 2022-2025 dengan kumpulan pemimpin yang seimbang dilihat sejajar dengan Presiden Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalannya yang baharu, Rafizi Ramli. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here