Lelaki hina Islam, Nabi Muhammad ditahan

0
1

LELAKI yang didakwa menghina agama Islam dan Nabi Muhammad SAW, dengan kata-kata kesat seperti video yang tular di media sosial, sudah ditahan polis tengah hari tadi.

Suspek, yang berusia 39 tahun, ditahan di sebuah rumah Batu 8, Bukit Kuchai, Puchong kira-kira 12.30 tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A. A. Anbalagan mengesahkan penahanan tersebut.

Beliau berkata, kes itu diklasifikasi mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Menurutnya, selain itu polis juga akan menjalankan siasatan ke atas individu yang dipercayai memukul lelaki terbabit.

“Justeru, dinasihatkan org ramai tidak mengambil sebarang tindakan di luar batasan undang-undang dan biarkan pihak berkuasa menjalankan siasatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, tular video memaparkan lelaki berkenaan bertindak menghina agama Islam dan Nabi Muhammad SAW serta mencabar pihak-pihak yang mempertahankan agama Islam supaya berdepan dengannya.

Turut tular beberapa video memaparkan lelaki terbabit didatangi beberapa individu yang turut dipercayai memukul lelaki berkenaan hingga mukanya berlumuran darah. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here