PERASAAN teruja menyelubungi penyanyi Shahir Zawawi teruja yang sah mengikat tali pertunangan dengan wanita pilihannya selepas solat Zohor, hari ini.
Majlis pertunangan berlangsung secara sederhana itu di kediaman keluarga tunangnya yang terletak di Merotai, Tawau, Sabah.
Menurut Shahir, sifat lemah lembut dan mudah didekati telah menyebabkan dirinya jatuh cinta dengan gadis yang mesra dikenali sebagai Ekin itu.
“Ada beberapa karakter yang dia miliki membuatkan saya tertarik untuk jadikan sebagai isteri.
“Bagi saya perkahwinan, wanita bukan sahaja bergelar isteri, tetapi boleh menjadi kawan untuk tempat kita saling berkongsi susah senang bersama,” katanya dipetik mStar.
Shahir, 34, menjelaskan pertunangannya itu dilakukan untuk memenuhi kehendak keluarga dan sekadar simbolik ikatan kekeluargaan.
“Orang kata tempoh bertunang ini ada dugaannya, jadi saya mengharapkan segalanya baik-baik sahaja dan tidak terlalu lama.
“Insya-Allah majlis perkahwinan akan diadakan dalam tahun ini juga, tetapi kata putusnya akan ditentukan nanti,” katanya. -Malaysiapost

