Wanita maut, empat cedera nahas lori terbalik

0
1

SEORANG wanita maut manakala empat lagi termasuk bayi cedera dalam nahas melibatkan tujuh kenderaan di Jalan Kamunting dekat Pasir Puteh di Kelantan jam 9.05 pagi tadi.

Kemalangan itu turut merosakkan 21 basikal akibat dihempap timbunan besi yang jatuh dari sebuah lori.

Sebahagian penunggang basikal yang terlibat dalam nahas di Pasir Puteh

Dalam kejadian itu, kenderaan yang terbabit ialah dua lori muatan pasir dan besi, satu kenderaan utiliti sukan (SUV) Toyota Fortuner, tiga kereta dan dua motosikal.

Kemalangan itu dikatakan berlaku selepas lori yang membawa muatan besi terbalik sebelum menghempap kenderaan lain.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pasir Puteh, ketika memaklumkan 13 anggota bersama dua jentera dikejarkan ke lokasi nahas sebaik menerima panggilan.

Menurutnya, mangsa yang meninggal dunia adalah wanita dewasa namun identiti belum dikenalpasti manakala seorang kanak-kanak parah dan tiga lagi cedera ringan. – Malaysiapost

Kredit Foto: Media sosial

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here