SPRM siasat program Penjana Kerjaya

0
1

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sedang menyiasat isu tuntutan palsu dan penyelewengan dana insentif Program Penjana Kerjaya (Penjana Kerjaya) di beberapa negeri.

SPRM dalam satu kenyataan, memaklumkan operasi besar-besaran dinamakan Ops Hire itu dikendalikan oleh Ibu Pejabat SPRM bersama-sama SPRM Negeri dan telah dijalankan secara serentak bermula hari ini.

“Untuk makluman, Program Penjana Kerjaya merupakan antara inisiatif kerajaan bagi membantu majikan dan pekerja semasa mendepani cabaran Covid-19 bermula awal tahun 2020.

“Program ini dilaksanakan oleh PERKESO bagi tujuan merangsang ekonomi negara melalui pewujudan pekerjaan baharu, mengekalkan pekerjaan dan meningkatkan kemahiran pekerja,” menurut kenyataan itu.

Menurut SPRM, agensi itu dengan kerjasama PERKESO telah membangunkan maklumat menerusi pemantauan dan risikan terhadap penerima dana dan mendapati ada majikan yang mengemukakan tuntutan palsu dan menyeleweng dana berkenaan.

“SPRM memandang serius isu berkenaan kerana ia berkepentingan awam sekaligus memberi jaminan akan menyiasat secara menyeluruh.

“Ia bagi memastikan pihak-pihak yang terlibat dikenakan tindakan tegas berlandaskan undang-undang yang berkuatkuasa,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here