Wan Saiful bukan lagi Pengerusi PTPTN

0
1

KETUA Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan mengesahkan kontraknya sebagai Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah tamat pada 17 Jun lalu.

Dalam hantaran di laman Facebook, beliau berkata tidak perlu meletakkan ‘tanda soal’ dalam laporan berkenaan status jawatannya itu.

“Saya rasa tak perlu ada tanda soalan pada laporan ini.

“Seingat saya, memang sudah lama saya sebutkan secara terbuka bahawa hari akhir saya di PTPTN ialah pada 17 Jun 2022,” katanya.

Beliau mengulas berkenaan laporan Utusan Malaysia yang bertajuk “Wan Saiful bukan lagi Pengerusi PTPTN?”.

Bagaimanapun, beliau memberi bayangan akan ada ‘langkah seterusnya’ yang bakal diumumkan tidak lama lagi.

“Next step, tunggulah hingga next step itu sampai,” ujarnya.

Wan Saiful antara nama yang disebut-sebut bagi menggantikan Datuk Zuraida Kamaruddin mengisi kerusi Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi selepas Ahli Parlimen Ampang itu meninggalkan Bersatu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here