Covid-19: 2,417 kes baharu, 5 kematian semalam

0
1
Kelihatan orang ramai membeli tiket ketika tinjauan di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) hari ini. Semalam, penjualan tiket meningkat 30 peratus susulan kebenaran merentas negeri bagi individu lengkap vaksin Covid-19 bermula Isnin lepas.

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan lima kematian baharu akibat Covid-19 semalam.

Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu adalah 35,816 kes sejak virus tersebut melanda negara.

Berdasarkan data dimuat naik di portal COVIDNOW, terdapat dua kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Sementara itu, sebanyak 2,417 kes jangkitan baharu Covid-19 direkodkan semalam, melibatkan empat kes import.

Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes sehingga kini adalah 4,560,583 kes.

Selain itu, seramai 34,526 individu atau 96.6 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah dan 20 ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sebanyak 1,164 kes pula dirawat di hospital dan 48 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) serta 25 pesakit memerlukan bantuan pernafasan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here