Aliran trafik sesak dari timur menghala Lembah Klang

0
1

ALIRAN trafik dilaporkan bergerak perlahan dari timur menuju ke Lembah Klang, berikutan cuti Aidiladha berakhir hari ini.

Berdasarkan perkongsian terkini laman Facebook Lebuhraya Pantai Timur, trafik sesak di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), setakat jam 2 petang tadi.

Kesesakan sepanjang lebih 20 kilometer (km) dari Karak menuju ke Lentang, selain pertambahan kenderaan sepanjang 1.5km di Lentang.

Sementara itu, trafik perlahan di Genting Sempah sepanjang 800 meter (m) dan trafik bergerak perlahan di Plaza Tol Gombak.

Menurut hantaran itu, kesesakan tersebut disebabkan pertambahan kenderaan menghala ke Kuala Lumpur.

“Hati-hati memandu dan semoga selamat sampai ke destinasi,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here