‘Pelik kalau Aidiladha pergi joging, penuhkan restoran’

0
1
ahmad dusuki

PEMIMPIN PAS, Ahmad Dusuki Abdul Rani mempersoalkan sikap segelintir pihak yang tidak meraikan Aidiladha dengan sewajarnya termasuk membantu aktiviti korban.

Menurutnya, Aidiladha adalah hari gembira bagi umat Islam dan ia tidak wajar dipenuhi dengan aktiviti yang tidak sepatutnya dilakukan ketika sambutan hari kebesaran berkenaan. 

“Hari raya (Aidiladha) merupakan hari gembira bagi mukmin, menjadi peliklah jika di hari raya sibuk berjoging, memenuhi restoran, tidur dan melayan rancangan TV, mengapa tidak pergi membantu mereka yang berkorban?,” soalnya dalam hantaran ringkas di Facebook.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan hantaran beliau itu ditujukan kepada mana-mana pihak tertentu.

Namun, ia dipercayai mempunyai kaitan dengan arahan Kerajaan Kelantan mengarahkan semua premis perniagaan di seluruh negeri itu ditutup hari ini sempena sambutan Aidiladha.

Arahan itu dikeluarkan Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) melalui satu surat bertarikh 6 Julai lalu.

Premis yang diarah tutup termasuk pasar raya, kompleks beli belah, kedai serbaneka dan restoran makanan segera .

Menurut surat berkenaan, kesemua premis terbabit perlu mematuhi arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa negeri dengan menutup operasi perniagaan pada Hari Raya pertama sahaja.

Kegagalan mematuhi peraturan itu boleh menyebabkan tindakan undang- undang yang tegas dikenakan terhadap pemilik premis termasuk pembatalan lesen perniagaan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here