Pemuda Umno setuju dengan Hadi, tak perlu jawatan TPM

0
1

KETUA Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dasuki senada dengan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa tiada keperluan melantik Timbalan Perdana Menteri (TPM) bagi menambah jawatan menteri dalam barisan Kabinet kerajaan.

Beliau berkata, daripada meminta jawatan TPM adalah lebih baik jika diserahkan kembali mandat kepada rakyat.

“Apa-apapun tepat sekali kata Duta Besar TYT Tan Sri Haji Hadi Awang bahawa tiada keperluan untuk lantik TPM dan menambah jawatan Menteri ketika ini.

“Edah PRU-15 juga sudah tiba. Daripada minta jawatan lebih baik minta diserahkan kembali mandat kepada rakyat. Biar rakyat tentukan Kerajaan mutlak,” katanya dalam hantaran Facebook.

Sebelum ini, Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata perbincangan jawatan TPM antara Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Savri baru-baru ini bukan sesuatu yang baharu.

Ini kerana dakwanya, jawatan itu adalah perjanjian yang dibuat antara Perikatab Nasional (PN) dengan Ismail Sabri sebelum beliau dilantik Perdana Menteri.

Sementara itu, Asyraf Wajdi berkata, ekonomi negara tidak mungkin boleh dipulihkan selagi kerajaan campuran dan teka-teka Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) berlarutan.

“Mana mungkin pelabur dalam dan luar negara mahu melabur yang sekaligus tidak akan membantu negara untuk tangani inflasi!,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here