4,000 pesakit Covid-19 diberi Paxlovid, tiada individu alami kesan sampingan serius 

0
1
https://www.facebook.com/photo/?fbid=489731622523466&set=pb.100044598962055.-2207520000..

SERAMAI 4,001 pesakit Covid-19 telah diberi ubat Paxlovid dan tiada individu mengalami kesan sampingan serius. 

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata ubat Paxlovid diberi kepada pesakit Covid-19 yang mengalami gejala ringan hingga sederhana. 

Beliau memaklumkan kriteria mereka yang menerima ubat adalah pesakit berumur 18 tahun ke atas dan mengalami jangkitan kategori 2 dan 3. 

“Pesakit boleh mendapatkannya di fasiliti kesihatan yang disenaraikan,” katanya dalam sidang media di Putrajaya hari ini. 

April lalu, syarikat farmaseutikal tempatan, Pharmaniaga Logistic Sdn Bhd (Pharmaniaga) menerima 48,000 stok pil untuk rawatan Covid-19 keluaran Pfizer, Paxlovid. 

Sementara itu Khairy berkata mereka yang dijangkiti Covid-19 selepas disahkan melalui saringan kendiri, diminta melaporkannya melalui aplikasi MySejahtera. 

“Data pelaporan penting kepada Kementerian Kesihatan (KKM) bagi mengetahui kadar kebolehjangkitan di negara ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here