Bekas Timbalan Presiden MIC, S Subramaniam meninggal dunia

0
1

BEKAS Timbalan Presiden MIC, Tan Sri S Subramaniam dilaporkan meninggal dunia petang tadi.

Perkara itu disahkan oleh Naib Presiden MIC, Datuk T Murugiah menerusi hantaran Facebooknya, sebentar tadi.

“Hari ini, saya dikhabarkan berita pemergian pemimpin yang cukup disegani, Tan Sri S Subramaniam yang juga bekas Timbalan Presiden MIC,” tulisnya dalam hantaran itu.

Beliau berkata, ia merupakan suatu kehilangan yang cukup besar buat negara mengenangkan jasa dan budi yang pernah disumbang oleh mendiang.

“Saya mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang atas kehilangan orang tersayang,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here