Varian Omicron BA.4, BA.5 lebih mudah merebak – KKM

0
1

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) menasihati orang ramai agar lebih berhati-hati dengan penularan sub-varian baharu Omicron dikenali sebagai Omicron BA.4 dan Omicron BA.5 sedang tersebar di beberapa negara.

KKM dalam kenyataan berkata, kedua-dua sub-varian tersebut lebih mudah merebak berbanding sub-varian Omicron sedia ada.

“Oleh yang demikian, orang ramai diingatkan agar tidak mengabaikan langkah pencegahan jangkitan Covid-19 bagi mengelakkan peningkatan semula kes Covid-19.

“Sentiasa membuat penilaian risiko kendiri dan ambil langkah pencegahan yang bersesuaian,” katanya dalam hantaran Facebook.

Pada 10 Jun lalu, media melaporkan Malaysia mengesan tiga penularan Covid-19 membabitkan dua kes varian BA.5 dan satu jangkitan BA.4.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata itu kes pertama membabitkan penularan varian berkenaan yang disahkan di negara ini.

“Kedua-duanya (varian BA.4 dan BA.5) dikategorikan @WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia) sebagai VOC-LUM (lineages under monitoring) di bawah varian Omicron. Setakat ini, faktor risiko kekal sama,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here