Kestabilan politik terlaksana jika bawah politik Melayu, Pribumi dirawat

0
1

KESTABILAN politik negara hanya dapat terlaksana apabila ‘batang tubuh’ politik Melayu dan Pribumi dirawat kansernya yang telah sekian lama membarah.

Ingatan itu diberikan Ketua Angkatan Muda Bersatu (Armada), Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dalam pemukimam Pemukiman Ketua-Ketua Penerangan Bersatu seluruh negara, semalam.

Beliau berkata Bersatu muncul sebelum ini tatkala politik Melayu/Pribumi dan negara di persimpangan kerana ada pihak bersekongkol dengan petualang “financiers” merompak hasil negara.

“Kepimpinan Melayu dan Pribumi yang bermaruah, adil dan saksama yang menghayati peri maksud hadith Nabi dan tradisi agama Samawi tentang keadilan kepada warganegara pelbagai agama, bangsa dan latar harus diterjemah dalam tindakan dan dasar parti kepada semua.

“Semoga semua ketua-ketua penerangan menghayati pesanan kami semalam dan kita pugar semula kekuatan berasaskan faham agama dan asas akhlak yang betul – yang mencerminkan makna diri Melayu dan Pribumi sebenar,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Wan Ahmad Fayhsal turut mengucapkan tahniah kepada Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan dan seluruh Jabatan Penerangan Bersatu yang menganjurkan program berkenaan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here