Keputusan tawaran tingkatan 6 Khamis depan

0
1

KEPUTUSAN tawaran bagi kemasukan ke tingkatan enam 2022 akan diumumkan pada Khamis depan.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), berkata pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 boleh membuat semakan keputusan tawaran dan pendaftaran kemasukan ke tingkatan enam tahun 2022 melalui dua kaedah.

“Semakan boleh dilakukan secara dalam talian menerusi Aplikasi dalam Talian Tingkatan Enam melalui pautan https://sst6.moe.gov.my/

“Selain itu, murid lepasan SPM tahun 2021 yang tidak mempunyai capaian internet boleh menyemak keputusan tawaran melalui sekolah asal masing-masing,” menurut kenyataan itu.

KPM berkata, pelajar lepasan SPM tahun 2021 yang tidak menerima tawaran ke tingkatan enam boleh mengemukakan permohonan rayuan secara dalam talian melalui pautan https://sst6.moe.gov.my/ mulai 7 hingga 24 Julai 2022.

Menurut KPM, keputusan permohonan rayuan kemasukan ke tingkatan enam semester 1 akan dimaklumkan pada 1 Ogos 2022 melalui portal yang sama.

“Pelajar yang tidak mempunyai capaian internet, keputusan permohonan rayuan akan dimaklumkan oleh pihak sekolah pada tarikh yang sama,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here