PELAKON dan pengacara sensasi, Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA memaklumkan dirinya akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.
Diva AA mengumumkan perkara itu menerusi hantaran di Instagramnya, semalam.
Beliau turut memaklumkan akan bertanding sebagai calon bebas.
“Diva AA confirmed bertanding kerusi parlimen #PRU15 as calon Bebas #StayNo1,” tulisnya.
Kenyataan Diva AA itu mendapat perhatian warga netizen, termasuk ada yang berseloroh mahu Azwan menjadi menteri yang menjaga isu perihal harga barang dan kos sara hidup.
“Bagi jawatan Menteri yg jaga minyak masak, kot la boleh maki harga kalau mahai.
“Dia kalau jadi menteri, habis semua kenyang makan maki.
“Ni baru betul.. ‘confirm’ semua harga barang pasti turun,” antara komen netizen.
Untuk rekod, pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu, Diva AA pernah bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa dan menentang abangnya sendiri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Bagaimanapun, Diva AA yang ketika itu menggunakan logo Gajah kalah apabila hanya mendapat sebanyak 90 undi sahaja. – Malaysiapost
Kunjungi bahagian Hiburan untuk baca cerita yang terkini dan menarik

