DUA beranak yang dilapor hilang selepas bot dinaiki mereka terbalik di sebuah Kolam Takungan di Taman Cahaya Sungai Chua, Kajang disahkan maut akibat lemas.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Selangor, Norazam Khamis, berkata kedua-dua mangsa, Mohd Adnan Johdi yang berusia lingkungan 50-an dan anak lelakinya, Hakimi Mohd Adnan, 15, disahkan meninggal dunia selepas mayat mereka ditemui Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) JBPM.
Menurutnya, mayat Mohd Adnan ditemui jam 5.12 petang, sebelum disusuli penemuan mayat Hakimi jam 6.56 petang.
Terdahulu, media melaporkan kedua-dua mangsa dikhuatiri lemas selepas bot dinaiki bersama seorang lagi anak lelaki Mohd Adnan iaitu Mohamad Mustaqim dikatakan terbalik.
Mohd Mustaqim bagaimanapun sempat menyelamatkan diri. – Malaysiapost

