Shuk pergi mahkamah, beri bayangan rumah tangga bakal berakhir

0
1

PELAWAK dan pengacara, Shuk Sahar memberi bayangan kemelut rumah tangganya bersama isteri, Rossa Sera yang menjadi perbualan sejak sekian lama, bakal berakhir.

Menerusi video yang dimuat naik di aplikasi TikTok, Shuk atau nama sebenarnya Shukri Mohamed Sahar kelihatan hadir di sebuah mahkamah memakai baju berwarna hitam dan bersongkok sambil ditemani seorang peguam.

Bagaimanapun, bekas penyampai radio itu tidak menjelaskan secara terperinci berkenaan keberadaannya di mahkamah.

“#akubukanjodohnya #akutitipkandialanjutkanperjuanganku #semogadipermudahkansegalanya,” tulis Shuk sebagai kapsyen video tersebut.

Perkongsian video itu mendapat reaksi daripada netizen yang berpendapat bahawa tujuan Shuk ke mahkamah bagi menyelesaikan krisis rumah tangga dengan Rossa Sera.

Rata-rata netizen mengeluarkan komen memohon Shuk berubah dan mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku di antara dia dan isteri.

“Pilihan di tangan ko Shuk, bukan Sera. Kau ada pilihan untuk setia, untuk diberi kebahagian pada isterinya,” ujar Lucidream.

“Mungkin Shuk tahu Sera masih sayangkan dia. Tapi Shuk tahu kalau teruskan dia akan lukakan Sera lebih banyak. Jadi tunggu sahaja keputusan yang diumum nanti,” kata Siti Bazla.

“Kifarah is real. Semoga ada sifat keinsafan dan penyelesaian buat Shuk. Stay strong Sera,” kata Sya.

Sebelum ini, menerusi temuabual dengan sebuah program televisyen, Rossa Sera gagal menahan sebak sehingga menangis dan memaklumkan bahawa rumah tangganya bersama Shuk akan berakhir.

Ujarnya, sebelum ini dia memaafkan Shuk kerana memikirkan tentang anak-anak, namun kini tiada lagi kemaafan buat lelaki itu.

Pergolakan rumah tangga pasangan itu tular dalam media sosial berikutan pendedahan Rossa Sera tentang Shuk yang didakwa berlaku curang bersama seorang wanita dikenali sebagai Fara Salleh. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here