Polis buka siasatan kematian guru di Sarawak

0
1
Polis Di Raja Malaysia

POLIS membuka kertas siasatan berhubung kematian guru lelaki di Hospital Miri, Sarawak pada 21 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu dalam kenyataan berkata, siasatan dibuat susulan menerima laporan pada petang 22 Jun berkait kematian guru berusia 38 tahun itu.

“Kertas siasatan yang dibuka untuk kes ini ialah berkaitan mati mengejut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau meminta individu yang mempunyai sebarang maklumat untuk tampil bagi membantu siasatan.

Beliau juga turut menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kes terbabit hingga mengganggu siasatan.

Sebelum itu, tular di media sosial mengenai seorang guru dipercayai membunuh diri akibat tekanan kerja dan keletihan.

Dakwaan itu menyebabkan pihak keluarga mendiang mendesak pihak berkuasa termasuk Pejabat Pendidikan Daerah Miri melakukan siasatan lanjut. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here