Wan Fayhsal setuju gaji anggota Kabinet dipotong demi rakyat

0
1

Najamuddin Mohd Nor

TIMBALAN Menteri Perpaduan Negara, Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal bersetuju dengan tuntutan 20 gerakan mahasiswa yang mendesak supaya gaji menteri dan timbalan menteri dipotong.

Beliau berkata, cadangan itu mesti juga dituruti pemotongan gaji pengerusi dan lembaga pengarah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta badan berkanun.

Katanya, langkah itu wajar dilaksanakan bagi membolehkan peruntukan tersebut disalur kepada usaha membantu rakyat berdepan isu kenaikan kos sara hidup yang serius.

“Saya setuju jika Kabinet memutuskan untuk memotong gaji saya serta menteri dan timbalan menteri yang lain.

“Bukan kami saja, malah penotongan gaji perlu membabitkan pengerusi GLC dan badan berkanun untuk berkongsi keperitan rakyat. Demi rakyat kita sanggup.

“Kadar potongan gaji juga terpulang, sama ada 10 atau 20 peratus,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Armada Bersatu di ibu pejabat Perikatan Nasional (PN) Kuala Lumpur, hari ini.

Terdahulu, 20 gerakan mahasiswa yang mendesak pelaksanaan pemotongan gaji menteri dan timbalan menteri bagi menangani situasi kenaikan harga barang yang berlaku secara mendadak ketika ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here