Isu Hakim Nazlan: ‘Mengapa badan peguam masih membisu? – Zaid

0
1

PENDEKATAN berdiam diri Badan Peguam dan parti pembangkang berhubung dakwaan konflik berkepentingan membabitkan Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali terus dipersoal.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd Zaid Ibrahim, berkata keadaan berbeza apabila Badan Peguam dan pengkritik lain yang sebelum ini mendesak hakim perbicaraan, Datuk Mohd Sofian Abd Razak, menarik diri daripada kes SRC International pada 2018.

Ketika itu, Badan Peguam mendakwa timbul konflik berkepentingan memadangkan Sofian merupakan abang kepada EXCO Pahang, Datuk Seri Sofi Razak, yang juga ahli Umno.

Sofian kemudiannya digantikan dengan Mohd Nazlan, yang mencetuskan kontroversi apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengatakan laporan dibuat terhadap Mohd Nazlan berhubung RM1 juta yang tidak dapat dijelaskan dalam akaun banknya.

“Namun, tiada sesiapa yang mengulas berhubung perkara itu sehingga kini.

“Bila Badan Peguam dan Pakatan Harapan melihat perkara ini sebagai konflik berkepentingan? Mengapa anda masih membisu?” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi klip video dimuat naik dalam media sosial.

Baru-baru ini, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, juga melontarkan kritikan hampir sama terhadap Badan Peguam, sambil menyatakan badan itu subjektif berhubung isu yang mahu dipertahankan.

Katanya, Majlis Peguam sepatutnya menuntut penubuhan tribunal kehakiman menyiasat Mohd Nazlan.

Bagaimanapun, Badan Peguam berkata, sebarang desakan untuk menubuhkan tribunal menangani konflik berkepentingan adalah tidak matang dan salah tanggap.

Minggu lalu, Majlis Peguam menganjurkan protes terhadap campur tangan badan kehakiman dan mendesak kebebasan institusi itu dipertahankan.

Sebelum ini, Datuk Seri Najib Razak dan peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mendakwa Mohd Nazlan sepatutnya menarik diri daripada perbicaraan kes SRC International.

Sebelum dilantik sebagai hakim, Mohd Nazlan bertugas sebagai penasihat am dan setiausaha syarikat bagi Kumpulan Malayan Banking, dan dilaporkan terbabit dalam keputusan bank memberikan pinjaman kepada 1MDB berjumlah RM4.17 bilion.

Menurut Muhammad Shafee, Mohd Nazlan sepatutnya menarik diri daripada mendengar kes SRC International mengambil kira beberapa pandangannya yang dibentuk dalam proses pinjaman bank berkenaan.

Pada Julai 2020, Mohd Nazlan menjatuhi hukuman penjara 12 tahun penjara selepas mendapati Najib bersalah terhadap pertuduhan salah guna kuasa, pecah amanah jenayah dan pengubahan wang dalam kes SRC International.

Najib memfailkan rayuan berhubung sabitan dan hukuman dikenakan dan juga berhasrat mengemukakan keterangan baharu dalam perbicaraan SRC International. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here