Dana Yayasan Akalbudi bukan dari hasil haram

0
1

Nahar Tajri

DATUK Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak mempunyai pengetahuan dan tidak pernah mengarahkan Lewis and Co memasukkan sebarang bentuk dana yang disumbangkan kepada Yayasan Akalbudi untuk disimpan sebagai Deposit Tetap di Bank pada tahun 2017.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu berkata, saksi Pendakwaan ke 85, V Sothiletchemy yang juga petugas kewangan di Lewis and Co sebelum ini mengesahkan dia hanya menerima arahan daripada Muralidharan iaitu peguam mewakili Lewis and Co yang juga saksi ke 87 pendakwaan sebelum menjalankan membuat transaksi dana berkenaan ke akaun simpanan tetap.

“Ketika saya melantik Lewis and Co untuk menguruskan dana Yayasan Akalbud, Muralidharan ada beritahu saya beliau akan mendepositkan dana berkenaan ke akaun simpanan tetap supaya yayasan akan memperoleh kadar faedah.

“Beliau juga beritahu saya tindakannya itu adalah berdasarkan undang-undang.

“Saya tiada pengetahuan peribadi mengenai aktiviti ini. Saya tegaskan bahawa dana yang diterima itu adalah sumbangan atau derma daripada individu dan badan korporat kepada Yayasan Akalbudi untuk tujuan jariah…… Bukan dari hasil haram menurut definisi AMLA,“ katanya ketika memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Semua penderma sebelum ini memberitahu mahkmah bahawa semua dana yang diderma adalah berasal dari sumber sah.

Sementara itu, Ahmad Zahid turut diminta mengecam beberapa gambar menunjukkan beberapa ruangan dalam bangunan merujuk kepada kes pemilikan dua lot tanah banglo di Cyberjaya bernilai RM5.2 juta.

Beliau berkata, tanah itu salah satunya telah mempunyai bangunan dibeli oleh Yayasan Akalbudi untuk diserah kepada Yayasan Al Falah bertujuan dijadikan pusat pengajian Al Quran.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika membela diri terhadap 47 pertuduhan, iaitu 12 kes pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan berpuluh-puluh juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here