‘Umno, jangan terpedaya dengan manipulasi untuk pecah belahkan parti’

0
1
Suasana sekitar ketika acara menaikkan bendera UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO 2020 di pekarangan PWTC hari ini.

BENDAHARI Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengingatkan pemimpin dah ahli parti itu supaya tidak terpedaya dengan manipulas pihak tertentu yang dilihat sengaja mahu memecah-belahkan kesepakatan dalam parti.

Beliau berkata, pemimpin dan ahli parti itu juga perlu sedar bahawa Umno dahulu pernah tumbang disebabkan fitnah dan spekulasi yang bertebaran.

“Malam tadi mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno. Alhamdulillah berjalan lancar dan penuh dengan tertib. Organisasi parti memang jadi keutamaan, semuanya baik-baik saja.

“Tak benar spekulasi macam-macam yang bertebaran di luar. Apa-apa keputusan hanya akan keluar secara rasmi dan janganlah percaya pada manipulasi pihak tertentu yang sengaja nak pecah-belahkan kesepakatan dalam Umno

“Ingatlah dahulu kita tumbang kerana fitnah dan macam-macam spekulasi yang bertebaran. InsyaAllah Umno tetap #BersatuBersetiaBerkhidmat,” katanya menerusi Facebook.

Dalam pada itu, Tengku Adnan turut mengucapkan tahniah juga kepada Isham Jalil yang mengangkat sumpah selaku Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno yang baharu.

Terdahulu, spekulasi mendakwa Umno kini berpecah kepada dua kumpulan yang sekali gus akan menyukarkan gabungan Barisan Nasional (BN) untuk mencipta kemenangan mudah pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.

Perpecahan itu didakwa melibatkan kumpulan yang menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dengan penyokong bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak serta sekutunya, termasuk Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here