PRU15: PAS Perak pelawa Tajuddin bertanding atas tiket PN

0
2

PAS Perak mempelawa Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman untuk bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) dalam PIlihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria, berkata parti itu bersedia menawarkan Tajuddin bertanding mewakili PAS jika Pasir Salak menjadi milik parti dalam pembahagian kerusi bersama PN.

“Jika berlaku PRU15 dan Tajuddin tidak diberi tempat dalam BN, maka PAS Perak sedia menawarkan beliau bertanding atas tiket PN mewakili PAS.

“Ia sekiranya kerusi Pasir Salak itu menjadi milik PAS dalam pembahagian kerusi bersama PN,” katanya seperti dilaporkan Harakahdaily.

Beliau berkata demikian sebagai membayangkan kemungkinan ahli Parlimen Pasir Salak itu tidak diberi peluang bertanding lagi di kerusi tersebut pada PRU15 mewakili Barisan Nasional (BN).

Pandangan tersebut susulan tindakan Umno menggugurkan Tajunddin daripada Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno pada 21 Jun lalu.

Dalam pada itu, Razman menegaskan pendirian PAS sama sekali tidak akan mencampuri urusan dalaman mana-mana parti lain.

Semalam, Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan sikap dan pendirian Tajuddin yang bercanggah dengan parti antara punca beliau digugurkan daripada ahli MKT Umno.

Beliau berkata, mana-mana ahli MKT seharusnya mematuhi ketetapan dan keputusan dibuat berdasarkan perlembagaan parti. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here