KESEMUA menteri dan timbalan menteri daripada parti-parti Perikatan Nasional (PN) memberi jaminan akan berusaha menmyelesaikan masalah rakyat yang dihimpit isu kenaikan harga barang ketika ini.
Perkara itu antara agenda dibincangkan dalam mesyuarat penyelarasan Majlis Pimpinan PN (MPPN) di ibu negara malam tadi.
Perkembangan itu dikongsi Ketua Angkatan Anak Muda Bersatu (Armada), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menerusi hantaran di Facebooknya.
“Mesyuarat Majlis Pimpinan Kerajaan Persekutuan dan Negeri #PerikatanNasional.
“Membulatkan tekad dalam menyelesaikan masalah semasa rakyat sesama para Menteri dan Timbalan Menteri Perikatan Nasional,” katanya.
Mesyuarat turut dihadiri Setiausaha Agung Bersatu yang juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin serta Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan. – Malaysiapost

